Malam ini…
pujangga cinta bertandang di hati…
irama dan lagu rindu mula bersenandung…
getar hati semakin kuat…
bagaikan gong dipalu…
Siapakah pencanangnya…
Nadi terhenti di sini…
degup jantung hilang rentak…
kaki seakan lumpuh…
mata ku terpaku…
Tubir memori mula menyingkap…
Semalam…
Kita sebagai teman…
berjuang di persada ilmu…
bergelak ketawa bercerita tentang masa depan…
masa depan yang masih sirna…
Menara gading sebagai pentas kita…
di sini kita belajar…
di sini kita bersahabat…
di sini ada tawa…
di sini ada duka..
ada kecewa…
di situ…
aku melihat sesuatu…
dari matamu terpandang keyakinan…
keyakinan yang ku fikir tiada untuk ku…
Dari mata mu aku merasa kehangatan menjalari hati ini…
Kehangatan yang kusangka tiada bersama ku…
Demi kehangatan yang menghilangkan kedinginan ini…
demi kayakinan itu aku menjadi pemburu…
memburu untuk sekeping hati…
Sekeping hati yang terkandung pelbagai rahsia…
Langkah mula aku corak…
Pengembaraan sekeping hati manjadi agenda…
Rahsia hatimu cubaku singkap…
Hasrat hatimu cuba ku fahami…
Aku belajar mengerti akan inti hati…
Isi hatimu…
Keinginan mu…
Impian mu…
Belajar mengenali sisi mu yang tersembunyi…
Aku cuba sepenuh hati…
Mengadunkan inti hatimu dan hatiku…
Menyatukan isi hatimu dan hatiku…
Memenuhi keinginanmu dan keinginanku…
Memburu impianmu dan impianku…
Mencipta rentak irama yang senada bagi kau dan aku…
Agar kita sealiran…
Namun hanya aku…
Hanya aku yang belajar dan mengejar…
Mengerti dan memahami…
Menyelami dan membajai…
Hati dan rasa ini…
Tika ini…
Deru nafas semakin lelah…
Cahaya semakin sirna…
Getar semakin perlahan…
Kerna aku semakin lemah di sini…
Kaki ku tidak bisa lagi menunggu…
Ada langkah perlu diteruskan…
Ada kehidupan menanti di hadapan…
Kau kutinggalkan…
Agar kau mengerti…
Erti dihargai dan menghargai…
Kerna itu…
Sesuatu yang kau tidak pernah fahami dan mungkin miliki…
Sloncos’85.