Sloncos’s Blog











Assalamualaikum…

Dah agak lama aku tidak menulis di ruangan ini. Rasenyer aku patut menulis blog ni ari2. Bukan aper, skang ni rase macam 24 jam aku aku terluang begitu je… Tak ade kisah yang tercatit meslipun kadang kala terdapat cerita manarik yang berlaku. Kan bagus kalau cerita-cerita ni dapat aku kongsikan. alah.. bukan aper. Takat nak kasi iktibar bagi yang sudi. lagipun dengan menulis ni… dapat release tension. Lagipun bos aku pun der kater. Kiter kane menulis setiap ari.

Kenape aku teringin nak menulis ari ni?… ari ni tak der kuliah mahupun tutorial. (semangat nak menulis aku datang pas baca blog wife bos aku)  memang aku dah atur jadual aku supaya senin ngan jumaat free. Bukan aper, skang ni aku dah daftar master so selain dari kerja. Aku kena pastikan gak matlamat master aku tercapai. Memang tu yang aku nak. so, aku cuber elakkan jadual padat setiap hari. Bimbang lau tak terbuat master aku. huhuhhu…

Aku daftar master 2hb julai ari tu. Ibu yang temankan… teringat balik zaman mude. masa aku nak daftar ijazah…

Al kisahnyer…

Lepas SPM, aku dapat tawaran wat diploma dalam fine art kat machang, k’tan. Tapi aku reject… tak nak pegi. Abah bising… tapi mak cool. Mak selalu kater lau nak blajo kn der minat. Lau tak der minat payah… Takot jadi sekerat jalan @ hangat2 tahi ayam. Tapi sumpah aku x tau betol ker tak tahi ayam tu hangat ker tak… Kuang3… Tapi yang pasti lau slipar terpijak tahi ayam memang hangin.

Lama gak isu aku reject wat dip kat UITM tu jadi topik abah… huhuhu… Yelah, mungkin dier teringin kot nak tengok anak dier masuk U. Tapi anak kecik dier ni degil. Sebenonyer, masa apply Diploma tu, aku tak berniat pun nak sambung blajo. Takat nak test market. Nak nengok kalau2 result SPM aku tu laku ker tidak. Dah laku aku tak nak pulak… Sampai tokeh kedai ujung umah aku pun tanyer naper aku tak pegi UITM. huhuhu… keciknyer dunia…

Sekali lagi fiil test market aku muncul ble dapat tawaran sambung STPM kat sekolah lama aku. Selepas berbincang ngan abah… of cource mak dah stuju awal. Aku pilih untuk sambung STPM. Alhamdulillah… aku lulus n sekali lagi aku apply nak masuk U. Bukan niat nak masuk U. Tapi nak nengok, laku ker tak STPM aku ni…

Aku plan nak sambung kat Universiti seberang laut Malaysia ( Alah…. UMS @ UNIMAS jer…)

Tapi abah berkeras nak aku masuk UM… Aku pun apply sumer course yang der kat UM bersesuaian dengan kelayakan yang aku ader. Then, dapat lah UM… suker orang tua aku. Tapi… masalah kat aku. Suker ker aku?

Kalau dulu aku ade alasan nak reject UITM, tapi kali ini aku x ade alasan nak menolak. Semua keperluan abah, mak, abang and kakak aku yang uruskan. Sampai ke tahap baju ape nak bawa pun mereka yang uruskan. Aku hanye duduk nengok dan usik serba sedikit. Nak cakap tak nak pegi… aku tak berani. Mua kena pelempang jepun ngan dieorang. Risau gak… aku tak pernah tinggal jauh dari rumah. Duduk asrama pun tak pernah. Camping sekejap2 tu pernah lah… bukan pernah, tapi selalu.

Mula lah aku terpikir… saper nak basuh baju, nak basuh baju dengan per, saper nak buat sarapan, boleh ker bangun kalau mak tak kejut, boleh ker tinggal kongsi sebilik ngan orang yang kiter tak kenal (al maklum… aku yang last dalam famili… mengada lebih). Boleh ker bawa tabiat buruk aku… macam2 lagi. Sampai kusut kepala.

Masa hari pendaftaran, abah, mak, abang n kakak teman kan aku. Mereka ade jer. Sibuk check  itu ini, sijil dah lengkap, borang PTPTN dah beli ker, barang-barang kolej sampailah ke urusan kemas bilik… tudung aku pun sampai suku kakak aku tolong iron. Risau aku tak sempat masa minggu orientasi.

Tapi tu zaman aku nak wat degree… Ari tu masa nak register master, ibu yang teman. Kecian dier… kena ikut ke hulu ke hilir. Nasib der ibu, tak ler rase sorang2. Tapi… baru aku sedo,  dah matang aku ni. Dari seorang anak emak… aku dah tau nak urus diri sendiri. dah pandai bawa diri…( ewah puji diri plak…huhuhu;). Eh… tapi aku memang matang. Cumer bab urus kan diri tu aku tak berapa nak biasa sebab mak selalu siapkan sumer benda. Dah aku jer yang der kat umah. So, aku ler yang dier sibuk uruskan :)

Nasib aku tak homesick… Tapi everyweek aku balik. Sampai orang tua aku tak sempat nak merindu kat aku…:)

Skang ni… sumer aku dah bleh buat. Dari Memasak, Membasuh, Mengemas bilik, Semua yang remeh temeh… dah mampu aku buat dengan sendiri. huhuhuh:)

Betol kater orang… masa akan mendewasakan diri. Tapi bab master ni memang aku yang nak sambung. huhuhu:0



{November 6, 2008}   TU DAH BUNYI KELANTAN…

Hish malu sungguh…

Awal jam 5 petang, aku dikejutkan dengan satu panggilan berkaitan satu dari artikel blog yang baru aku tulis. Memang sungguh aku mengaku, diawal aku mendengaunyer jer terkeluar satu soalan.

“ape kebender tu…bukan nak buat makan-makan je ker…”

Bagi menyelindungkan rasa konpius aku, hanya anggukkan kepala terhadap butir bahasa yang julung-julng kalinyer aku dengau.

“no hal. saye  joint jer…”

“ble kiter nak buat… sayer on jer”. Confident aku bersuara.

“ibu kongsi ngan kamu ye…” kater ibu shima.

“ok…”

“saye cover tuk western…’

Agak lama aku baru terbuka mulut untuk bertanyer. Itu pun setelah topik ini menjadi bahan bicara kami di pejabat am geografi. Di tambah pulak dengan ketidak upayaan aku untuk menyebut perkataan tersebut. Melalui penerangan Kak Bai (Cik Zubaidah) barulah perkataan poklak boleh aku sebut dan maksudnyer  majlis kenduri kecil yang dijalankan secara gotong-royong difahami sepenuhnyer oleh aku. Yakin akan kefahaman aku terhadap poklak telah menggamit aku untuk mencoretkannyer di dalam blog ini semalam.

Panggilan yang baru aku terima tadi, sekali lagi menyingkap ketidak upayaan aku terhadap perkataan baru yang pernah mewujudkan “isu” di kepala.

“Tadi Kak Bai ada meting sat… ni baru bukaq tengok…”

“ni tengah tengok dengan Kak Siti… Amboi canggih no…”

“Tapi ni awat bunyi dah jadik Kelantan…”

“Bukan poklak lah… Pot Luck…”

“P-O-T… L-U-C-K… Pot luck…”

Alahai lah aku ni. Betul-betul dangkal ilmunyer. Tapi bile dah mampu menyebutnyer, tergelak pulak aku. Maner tidaknye, perkataan kedaerahan ini yang penuhi dengan nilai kekampungan memiliki ejaan English. Mungkin dah alami asimilasi budaya kot, seiring dengan era globalisasi gamaknyer.



{November 5, 2008}   MASTER SLONCOS…

Ramai Orang tanyer aku…

“Zura, sloncos tu aper???”

“aper kebender sloncos tu”

“maner ko dapat perkataan sloncos tu…”

“smart lah beb ko punyer namer”

“macam ner nak sebut ni…”

Pelbagai lagi persoalan yang timbul dari namer ni. Cara nak Pronoun namer ni, saper yang bagi dan macam-macam lagi. unik ker namer ni? Aku dah hidup dengan namer ni lebih dari suku kehidupan aku. Angah yang bagi namer ni. mase aku kecik-kecik dlu… hanyer kadang-kadang sahaja panggilan adik tertitip di bibirnyer. Selalunyer namer sloncos ini yang dier guner. Berbeza dengan saudara sedarah aku yang lain yang lebih kerap memanggil adik, busu, aju atau masa dimarah terkeluar SITI NAZURA… (Seram biler mak aku panggil gune namer ni, maknenyer besaulah silap aku tu).

Mule-mule biau aku terangkan macam maner nak sebut maner aku..

SLONCOS -C dibunyikan bukan digantikan K. So, bukan SLONKOS okay…Eja namer ni dengan Bahasa Melayu baku. Pasti betul.

Aku dah nyaterkan tadi dari mane namer ni terkeluar, iaitu Angah aku yang bagi.

Unik namer ni… Makner plak aku x raser ader makner khas bagi perkataan ni. Mula-mula aku tak selesa dengan nemer ni. Tapi biler ternampak akan kelainan namer ni. Sedikit demi sedikit aku jatuh minat n sayang pada namer ni.

Semakin besau, aku dapat idea plak nak tambah “master” kat depan namer ni. Tu yang terkeluau namer “MASTER SLONCOS”.

Terdapat banyak lagi peristiwa pahit manis dengan namer ni…nanti aku riwatatkan lagi.

Sekian.



{November 5, 2008}   Assalamu’alikum WBT…

Que Sera Sera…

Whatever Will be, Will be…

img_3220

 

The future not ours to see…

 



dan sebagainya