Terlampau dangkal rasanye ilmu dan pengalaman di dada. Walaupun sudah berusia 23 tahun, baru beberapa bulan yang lepas aku mengetahui akan makna dan merasai majlis yang dipanggil POKLAK. Itu pun sesudah salah seorang teman sepejabatku (kak bai) menyuarakan hasrat ingin mengadakan majlis tersebut di pejabat Am Geografi. Ilham ini tercetus apabila kami melihat dan menghadiri banyak majlis sambutan ramadhan yang di adakan oleh jabatan-jabatan lain di Fakulti kami.
Tetapi setiap kali perancangan ini ingin dilaksankan, pasti terdapat halangan positif yang mematahkan hasrat kami untuk mengajurkan majlis ini di samping memberikan aku peluang merasakan majlis ini. Antara halangan-halangan positif ini adalah seperti:
- Nak buat Jamuan, tapi clash dengan jamuan jabatan lain.
- Mereka yang terlibat pose sunat @ pose ganti.
- Our Head department nak belanjer makan.
Oleh yang demikian, terpaksa dalam relalah majlis yang telahkami rancang ini dianjakan selepas raya. Namun, halangan positif masih datang mengganggu. Antaranya:
- Kesibukan kerja selepas cuti raye.
- Tarikh yang kami dah book diambil untuk majlis lain (so, kene tunggu giliran lain).
- Orang Kuat majlis dihantar ke kursus kampus UM di Kampus Kota (Nasiblah labu…)
Akhirnya, pada tanggal 31 Oktober 2008 (sehari selepas tamatnyer bulan syawal) majlis kami dapat dianjurkan dengan jayanyer. Detik-detik majlis yang semoga diberkati ini telah di abadikan di dalam coretan foto di bawah:
Poklak adalah majlis yang diadakan hasil pakat mereka yang terlibat di dalam menyumbangkan juadah untuk majlis tersebut (itu yang diberitahu kepada saya). Setiap tetamu harus membawa serba sedikit makanan yang maner akan disajikan di dalam majlis tersebut.
Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan di majlis ini, bolehlah menghubungi saya.






