Sloncos’s Blog











{November 6, 2008}   Rayer Tahun ni…

Bulan Syawal baru satu simpang di belakang kite tinggalkan. Tergamit memori rayer tahun ini. Masih boleh tahan colection aku tahu ini. Tersenyum sendiri aku masa kire duit-duit tu sendirian dalam bilik. Walaupun  terdengar rungutan dari abang dan kakak aku, bahagian aku tetap dihulurkan. Jika dulu aku gunakan alasan masih belajau, tahun ini alasan masih tidak berkahwin dijadikan agenda menuntut duit raya. Bukan setakat abang dan kakak, tetapi tidak terlepas ayah dan bonda.

Sori... No duit raye tuk korang...

Tiada aper yang menarik untuk dikongsikan untuk hari raya tahun ini. Cuma terdapat kelainan terhadap jumlah kepulangan kami adik beradik. Syukur aku panjatkan terhadap sebuah kepulangan yang sering menjadi penantian. Semoga kehilangan bulan lebaran ini tidak menghilangkan jejak untuk si dia. Jangan diulang kesilapan yang sama, meskipun hanya melalui kesilapan kiter dapat belajau ilmu sebenau dalam kehidupan.

Pulang selagi masih ader yang menanti,

Pandang selagi mereka masih di sini,

Hulurkan tangan selagi mereka mampu menyambut,Orang Putih keluarga...

Lafazkan kemaafan selagi iannya masih bererti,

Kasih jangan disukat,

Budi jangan dihitung,

Kerna kita akan meletak harga pada nilai yang salah.



dan sebagainya