Sloncos’s Blog











Atas permintaan kenalan yang mengunjungi blog aku ini, ejaan akan ditukar mengikut standard ejaan formal. Tapi akan terdapat juga ejaan sempoi di dalam penulisan aku (bergantung kepada mood)

Siapa pokok pada kita…

Apa yang dikelaskan sebagai pokok adalah apabila strukturnya terdiri daripada akar, batang, dahan, berkayu dan daun. Ianya juga dikenali sebagai tumbuhan. Hayatnya lebih tinggi berbanding keluarganya yang lain kerana ada pokok yang hayatnya mencecah seribu tahun. Terdapat segelintir pokok yang tingginya mencecah hampir 100 meter (300 kaki).

Seperti mana kita, bahagian penting bagi si pokok adalah akar, badan, dahan, ranting dan daun. Badan atau batang si pokok ini terdiri daripada tisu penyokong (xilem @ xylem) dan tisu pengangkut (floem @ pholem). Xilem adalah bahagian yang dikenali sabagai kayu pada si pokok. Manakala floem merupakan kulit luar atau kebanyakan orang memanggilnya sebagai kulit kayu. Terdapat perumpamaan yang sering aku dan kawan-kawan gunakan, “masaklah aper pun… tolak kayu dengan batu jer…” yang membawa maksud kami bukanlah individu yang cerewet tentang makanan. Walaupun pasti terkeluar komentar terhadap masakan tersebut.

Pertumbuhan si pokok yang menuju ke arah ketuaan akan membentuk gelang pertumbuhan @ growth ring. Melalui gelang-gelang ini usia si pokok dapat diketahui. Teknik ini sering digunakan khasnya bagi pokok-pokok yang datangnya dari kawasan beriklim sederhana. Berbeza dengan kita era kini, jika dahulu usia manusia boleh diketahui dengan mengambil kira berberapa tanda sebagai parameter usia seseorang. Antaranya kedut di dahi dan bawah mata, uban di rambut, eye back di mata, posture badan dan pelbagai lagi. Kini usia segelintir golongan sukar dikesan kerana wajah mereka seakan tidak makan usia. Ingin mengetahui kaedahnya?… Bagi si pokok bilanglah… 1..2..3.. tapi bagi manusia, bilanglah bil kecantikan bulanan mereka.

Jika manusia menggunakan kaki dan tangan ( a.k.a tulang empat kerat) bagi mandapatkan makanan, walaupun segelintir dari mereka tidak menggunakan tangan dan kaki sendiri sebaliknya menggunakan tangan dan kaki orang lain untuk mencari makanan. Si pokok menggunakan akarnya dan daun (penganti tangan dan kaki) untuk mendapatkan sumber nutrisi yang di perlukan bagi membantu tumbesarannya. Akar atau umbi si pokok akan menjadi pasak untuk biomass di permukaan tanah, sekaligus menyedut air dan garam-galian dari tanah. Dengan bantuan batang, ketinggai si pokok akan bertambah dan membenarkan cabang @ dahan dan ranting yang berdaun bersaing mendapatkan sinaran sang suria.

Ibarat kehidupan kiter, si pokok akan bersaing antara satu sam yang lain mendapatkan sinaran ini untuk terus hidup. Di samping ketinggian, susunan dahan si pokok merupakan kelebihan bagi usaha mendapatkan pendedahan paling optima daun-daun kepada cahaya matahari. Hal ini kerana, pertemuan daun dengan sinaran matahari akan mewujudkan satu proses penghasilan makanan bagi si pokok iaitu kanji yang secara saintifiknya dikenali sebagai proses fotosintesis. Seperti di kalangan manusia moden kini, kedudukan pangkat (kuasa) dipadukan dengan akal memacu  kepada kehidupan yang gah.

penting-si-pokok11



dan sebagainya