MASTER SLONCOS's BLOG











{February 8, 2010}   ANEA 2305 (TEKNIK ANALISIS ALAM SEKITAR FIZIKAL)

1: STATISTIK
1.1: Takrif
a) Himpunan-himpunan fakta berangka @ data yang menerangkan sesuatu aspek.
b) Bidang yang mengandungi pelbagai kaedah yang digunakan bagi memanfaatkan data dalam membuat kesimpulan @ keputusan

1.2: Jenis Statistik
a) Statistik Perihalan (Deskriptif):

Proses pengumpulan maklumat, pembentangan dan pengolahan data.

E.g: Data penduduk Kuala Lumpur selama 10 tahun dikumpulkan dan di paparkan di dalam bentuk graf dan jadual

b) Statistik Inferens (Statistik Induktif):

proses membuat kesimpulan @ keputusan berdasarkan data yang talah dikumpulkan dan diolah.

E.g: Berdasarkan data yang telah dikumpul dan diolah, jangkaan terhadap jumlah penduduk di Kuala Lumpur dijalankan sama ada terdapat peningkatan atau penurunan di masa hadapan.

1.3: Istilah-istilah penting yang terdapat di dalam bidang Statistik:

a) Data: ukuran @ bilangan mengenai sesuatu yang dikumpulkan daripada kajian @ groups of information that represent the qualitative or quantitative attributes of a variable or set of variables. Terdapat dua (2) jenis data iaitu data terkumpul dan data tidak terkumpul.

b) Pemboleh Ubah: ciri @ fenomena yang mampunyai nilai-nilai berbeza dan menjadi tumpuan dalam kajian.

I: Pembolah Ubah Kualitatif: mewakili taraf, sifat @kategori (E.g; jantina, status perkahwinan, dan jenis pekerjaan

II: Pemboleh Ubah Kuantitatif: Diwakili dengan nilai berbentuk angka @ nombor. Terbahagi kepada 2:
-PUK Diskret: nilai tepat (nombor bulat seperti bil orang, pasang)
-PUK Selanjar: Terdapat nilai perpuluhan (ketinggian, suhu, berat, masa dll)

c) Populasi: Keadaan keseluruhan yang menjadi tumpuan di dalam penyelidikan.

d) Sampel: subset @ sebahagian daripada populasi. Persampelan adalah kaedah pemgambilan sampel dilakukan.

e) Cerapan: Maklumat berangka @ nilai yang dihitung @ diukur bila sesuatu kajian dijalankan.

Advertisement


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

et cetera
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.