MASTER SLONCOS's BLOG











{February 8, 2010}   ADEA 1112 (GEOGRAFI FIZIKAL: PROSES DAN BENTUK)

BUMI SEBAGAI SATU SISTEM:TENAGA DAN PROSES

Proses Dan Tenaga:
Bumi sebagai satu sistem bergerak sebagai ‘proses’; manakala proses itu berlaku dengan kehadiran ‘tenaga’

Proses:
Proses ialah bagaimana atau cara sesuatu bentuk atau pola itu dihasilkan.

Dalam satu-satu sistem, proses itu berlaku apabila unsur-unsur yang membentuk sistem itu berinteraksi antara satu sama lain lalu menghasilkan bentuk/ rupa/ fenomena/ kejadian dll.

Manakala proses atau interaksi fizikal bumi berlaku dengan kehadiran (Input) tenaga.

TENAGA :
•Tenaga ialah keupayaan atau kuasa yang membolehkan sesuatu kerja dilakukan
•Tenaga menggerakkan objek
•Tenaga tidak boleh diukur secara langsung, hanya boleh diukur secara tidak langsung dengan melihat berapa banyak kerja yang dapat dilakukan.
•Tenaga TIDAK BOLEH dicipta atau dimusnahkan. Ia hanya boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain.
•Dua bentuk tenaga utama adalah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan

Bentuk tenaga lain ialah:
•Tenaga Elektromagnet
•Tenaga Haba
•Tenaga Kinetik
•Tenaga Potensi
•Tenaga Elektrik
•Tenaga Graviti

Dua bentuk tenaga yang utama:

1. Tenaga kinetik bunyi
2. Tenaga kinetik terma
3. Tenaga kinetik haba
4. Tenaga kinetik cahaya
•Tenaga keupayaan tarikan graviti/ kedudukan
•Tenaga keupayaan elektrik (statik/arus)

Tenaga bersifat getaran
Tenaga keupayaan adalah tenaga yang disimpan
Tenaga kinetik
Tenaga keupayaan

Tenaga Elektomagnet/ Sinaran
Tenaga yang dikeluarkan oleh matahari dan dihantar terus melalui angkasa lepas ke bumi.

Tenaga Haba Rasa
cth : Tenaga Sinaran yang mengenai permukaan seperti air yang lama-kelamaan permukaan itu akan beransur panas.

Tenaga Haba Pendam
cth : Air yang naik ke atas melalui proses sejatan akan membawa haba yang terpendam.

Tenaga Potensi
cth : Wap air yang tersejat dan membentuk awan terapung di atmosfera mempunyai Tenaga Potensi

Tenaga Kinetik
cth : Kawasan permukaan yang terkena sinaran eletromagnet semakin lama semakin panas dan membentuk satu kawasan tekanan rendah. Pergerakan udara sejuk ke dalam sel tekanan rendah ini dikenali Tenaga Kinetik.

Tenaga Elektrik
Pertembungan cas (+ve) dan (-ve) yang terdapat dalam awan akan mengahasilkan tenaga elektrik.

Tenaga Kimia
cth : Tenaga yang boleh memproses bahan kimia/ menukar sifat kimia

Tenaga Graviti
kebolehan sesuatu benda untuk bergerak ke bawah melainkan disekat
oTenaga eksogen- Proses Eksogen
oTenaga luaran khususnya daripada matahari
oProses di permukaan litosfera
oBanyak mempengaruhi proses permukaan bumi dan di atmosfera.
oTenaga Endogen-Proses Endogen
oProses berlaku di perut bumi namun kesannya turut mempengaruhi permukaan bumi.
oTenaga diperolehi daripada perut bumi seperti geoterma
oProses Exterresterial (Proses dari jatuhan meteorit/tahi bintang dsb)

Jenis Tenaga dan Proses:

Contoh proses dan jenis tenaga yang terlibat
Tenaga Endogenik (Dalaman)
•Proses Lipatan
•Proses Gelinciran
•Gunung Berapi

Tenaga Eksogenetik(luaran)
•Kitaran Hidrologi
•Edaran Atmosfera
•Tiupan Angin
•Arus
•Rantaian Makanan
•Proses Degradasi

PROSES EKSOGEN:

Proses yang beroperasi di permukaan bumi seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan dan gerakan jisim

Luluhawa:
Proses pemecahan, penguraian dan pereputan batuan dan berlaku secara in-situ.
Proses pemecahan, penguraian dan pereputan terjadi akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa
Agen luluhawa
oHujan
oSuhu
oTindakan fros
oMikroorganisma

Pemecahan batuan kepada partikel yang lebih kecil dan terurai menjadi bahan baru seperti larutan, tanih, regolit dan sebagainya.

Jenis Luluhawa

• Luluhawa Kimia
•Luluhawa Fizikal
•Luluhawa Biologi

Hakisan:
Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen agen hakisan
Agen hakisan
oOmbak
oAngin
oAir mengalir

Proses penghausan berlaku kerana adanya tenaga kinetik dan geseran,
Dua jenis hakisan iaitu hakisan geologi dan hakisan tanih

Hakisan Geologi – secara semula jadi. berlaku perlahan dan mengambil masa yang lama. Melibatkan keseluruhan permukaan bumi

Hakisan tanih proses hakisan yang berlaku akibat tindakan manusia mengganggu alam semula jadi.

Pengangkutan dan Pemendapa:

Pengangkutan ialah proses pemindahan bahan terluluhawa oleh agen bergerak iaitu air, angin, glasier dan ombak.

Proses pengangkutan dipengaruhi oleh halaju (tenaga kinetik dan potensi ) agen agen.

Cara pengangkutan seperti golekan, lompatan, ampaian dan larutan.

Jika halaju agen yang bergerak menjadi perlahan, bahan akan dimendapkan.

Gerakan jisim – melibatkan pergerakan regolit dari cerun ke bawah disebabkan oleh daya graviti.

Aliran perlahan seperti kesotan tanih, kesotan batuan, kesotan talus dan gelangsaran tanah

Aliran cepat seperti aliran lumpur, aliran tanah, puin salji runtuh.

Geluncuran – robohan, geluncuran puin, geluncuran batuan

Runtuhan – runtuhan tanah, tanah mendap dan runtuhan batuan

PROSES ENDOGENIK:

Proses yang berpunca dari dalam bumi, mampu membentuk serta mengubah permukaan bumi seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan.

Proses-proses Endogenik:
i) Pengangkatan dan penurunan blok-blok bumi apabila mengalami pemulihan isostasi.

ii) Proses orogenesis atau proses pelipatan kerak bumi yang menghasilkan banjaran gunung lipat.

ii) Proses gelinciran atau sesaran kerak bumi yang rekahan di kerak bumi, lurah gelinciran serta gunung bongkah yang berpunca daripada daya himpitan dan tegangan yang dialami oleh kerak bumi.

iv) Gempa bumi atau gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila berlakunya perlanggaran atau pencapahan plat-plat tektonik.

v) Aktiviti gunung berapi.

vi) Proses metamorfosisme yang melibatkan perubahan tekstur, struktur dan kandungan kimia sesuatu jenis batuan yang berada di dalam bumi apabila ia menerima haba dan tekanan yang tinggi dan mengalami penjelmaan.

KONFIGURASI BENTUK BUMI :

Pelbagai jenis atau keanekaan muka bumi yang ditinjau sama ada pada skala makro atau mikro.

i) Struktur bumi
– Terdiri daripada 3 lapisan utama:-
a) Lapisan kerak bumi
– Lapisan paling luar.
Lapisan paling nipis.
Terdiri daripada lapisan SIAL (benua) dan SIMA (lautan).
Batuan jenis granit dan basalt.
Ketumpatan batuan 2.7 – 3mg³.

b) Lapisan mantel
– Lapisan pertengahan yang tidak stabil.
– Lapisan dalam bentuk pepejal dan cecair.
– Zon astenosfera berbentuk separa cair.
– Lapisan bawah berbentuk batuan pejal.
– Batuan jenis granit dan basalt.
– Ketumpatan 5.5.
– Suhu antara 800ºC hingga 1600ºC.

c) Lapisan teras bumi
- Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg.
- Dikenali sebagai lapisan barisfera.
- Terbahagi kepada dua iaitu teras luar (cecair) dan teras dalam(pepejal).
– Ketumpatan batuan 13.
– Batuan jenis nikel dan besi
ii. Taburan daratan dan lautan.
iii. Bentuk muka bumi daratan dan lautan.

PROSES ENDOGENETIK:

Tenaga yang berpunca dari dalam kerak bumi iaitu lapisan mantel bumi yang menghasilkan berbagai fenomena di lapisan kerak bumi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, lipatan, gelinciran, gerakan tektonik termasuk juga proses metamorfosisme batuan.

i.Tenaga graviti daripada mampatan jisim dan pertambahan momentum sudut semasa pembentukan planet.

ii.Tenaga radiogenik atau atom daripada pencerakinan nukleus atom yang wujud dalam mineral radiogenik seperti uranium, plutonium dan thorium.

iii.Tenaga haba ini wujud dalam lapisan atas mantel iaitu di astenosfera.

iv.Arus-arus perolakan yang panas dari astenosfera boleh menggerakkan lapisan kerak bumi.

v.Perlanggaran antara kerak bumi boleh menghasilkan gelombang seismik yang menyebabkan kejadian gempa bumi.

LIPATAN KERAK BUMI

Berlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa pertembungan antara plat-plat tektonik yang menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat.
Ia juga dipengaruhi oleh tarikan graviti berhampiran dengan permukaan bumi.

Proses-proses Lipatan:

a. Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi. Lapisan batuan yang berada dalam bumi adalah cair lalu mudah lentur.

b. Proses mampatan secara mendatar
o Apabila berlaku mampatan atau tolakan dari kiri dan kanan lapisan kerak bumi maka lapisan kerak bumi yang cair dan mudah lentur tadi akan melengkung ke atas atau ke bawah.

Jenis-jenis Bentuk Muka Bumi Lipatan:

i. Antiklin atau lintap mungkum – lipatan yang melengkung ke atas.
ii. Sinklin atau lintap lendut – bahagian yang menggeleding (melendut ke bawah).
iii. Lipatan simetri – kedua-dua cerunnya mempunyai kecerunan yang sama atau hamper sama.
iv. Lipatan tak simetri – satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam atau landai berbanding cerun lipatan di sebelahnya.
v. Lipatan lampau – keadaan lipatan tertekan dan herot ke depan.
vi. Antiklin rebah – lipatan tertekan dengan kuat dan jatuh ke depan.
vii. Nappe – antiklin rebah mengalami tekanan sehingga wujudnya rekahan seterusnya pematahan lintap mungkum dan adanya garis gelinciran antara lintap mungkum dan lintap lendut.

GELINCIRAN:
Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan lapisan kerak bumi atau blok batuan secara mendatar atau menegak.

Jenis-jenis Gelinciran:
i. Gelinciran biasa – berlaku apabila adanya daya-daya tekanan yang menarik kerak bumi atau daya-daya yang menolak kerak bumi dari bawah. Mempunyai satah rekahan curam atau hampir tegak. Ia menghasilkan sesar curam dan lurus dan ketinggiannya berbeza-beza mengikut ketinggian anjakan blok.

ii. Gelinciran songsang – terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok batuan dari dua arah yang bertentangan menghasilkan garis gelinciran pada blok batuan tersebut. Salah satu daripada blok batuan tersebut terangkat atau terjulang ke atas. Dikenali juga sebagai sesar julang.

iii. Gelinciran rabak – apabila daya mampatan dan tegangan pada lapisan kerak bumi menyebabkan terjadinya pergerakan secara melintang blok-blok batuan tersebut dari kedua-dua arah yang bertentangan. Pergerakan secara mendatar.

HANYUTAN BENUA

Teori Awal (Hipotesis Wegener)

“Bahawa benua-benua yang ada pada hari ini berasal daripada satu benua yang besar sahaja yang dinamakan Pangea dan apabila berlakunya gerakan-gerakan di dalam kerak bumi Pangea akan berpecah-pecah dan bertaburan seperti mana yang ada pada hari ini’.
i. Pangea terbahagi kepada dua jisim daratan iaitu Laurasia di utara dan Gondwanaland di selatan.
ii. Putaran bumi membekalkan tenaga tekanan yang cukup kuat dan menghanyutkan benua-benua tersebut.

Teori Perebakan Dasar Laut
i. Magma yang panas daripada lapisan mantel tertolak naik ke dasar lautan menyebabkan dasar lautan retak. Retakan ini dinamakan sempadan pencapahan.
ii. Magma yang keluar di sepanjang sempadan pencapahan membentuk permatang di dasar laut dan proses ini berlaku berterusan.

Teori Plat Tektonik
i. Boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan plat yang dikenali sebagai plat benua dan plat lautan.

ii. Plat-plat ini sentiasa bergerak akibat pergerakan arus perolakan magma yang panas di lapisan astenosfera.

iii. Pergerakan berlaku secara perlahan-lahan iaitu beberapa cm setahun.

iv. Jenis-jenis pergerakan plat tektonik
a. pertembungan plat benua dengan plat benua menghasilkan siri gunung lipat.
b. pertembungan plat lautan dengan plat lautan menyebabkan plat yang tumpat terjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan.
c. Pertembungan plat lautan dengan plat benua di mana plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam ke bawah dan membentuk jurang lautan sementara di benua terbentuk gunung lipat yang selari dengan jurang lautan.

v. Pergerakan plat tektonik secara pencapahan membentuk permatang tengah lautan

Bukti yang Menyokong Teori Hanyutan Benua

1. Bukti keselanjaran benua
o Garisan pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan seperti ‘jigsaw puzzle’.
2. Bukti geologi
- Geologi yang serupa walaupun berada pada benua yang berlainan.
3. Bukti fosil
4. Bukti paleomagnet
– Perpindahan kutub
 Peralihan dan putaran benua
 Pembalikan medan geomagnet

5. Bukti oseanik
- Melibatkan bahan-bahan mendak/sediment lautan dan perluasan dasar lautan.

Kesan gerakan bumi kepada manusia.
1. Kesan Positif
 Kegiatan pertanian
 Pelancongan dan rekreasi
 Perlombongan

2. Kesan Negatif
 Kehilangan nyawa
 Kerosakan harta benda



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

et cetera
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: