Sloncos’s Blog











{November 14, 2008}   MALAM BINTANG HATIKU…

Malam bintang hati ku,
Hadir mu menbawa jutaan rawan hati ini.
Sukar untuk ku lafas apa yang sarat di dalam setiap ruang hati.

Malam bintang hati ku,
Meskipun hadir mu dipuja oleh sang pencinta.
Menjadi ilham bagi si pujangga dek kerna bulan dan bintang mu.
Mengapa untuk ku…
Kau hadiahkan sejuta parut di hati.

Malam bintang hati ku,
Inginkah kau tahu…
Terlalu hati ini ingin bersahabat dengan mu,
Ingin berpegangan tangan dengan mu untuk mencapai mimpi indah,
Menjadikan mu teman tatkala mimpi hitam yang sering menjejaki ku datang bertandang.

Malam bintang hati ku,
Sering aku bertanya…
Layakkah aku untuk mencinta dan dicintai oleh mu…
Layakkah aku meminta untuk itu dan ini…
layakkah aku beriringan denganmu…
Sedangkan aku tahu…
Aku insan yang hadir tanpa sebarang rasa kasih…
Layakkah aku…

Malam bintang hati ku,
Sering ku rasa diri ini seperti pengemis di ruangan mu…
Menadah tangan untuk simpati mu…
Mengharap ihsanmu tercurah buat ku.
Mendamba untuk dapat menjadi tamu hati mu.

Namun ku sedar…
Insan seperti ku tidak bisa meminta apa-apa dari mu.
Kerna masakan insan hina ini dipandang oleh mu.

Kau sang malam yang sering di puja…
Sang malam yang memberi ilham…
Diri ini tidakkan bisa menjadi bayang mu…
Namun ketahuilah sang malam bintang hati ku…
Tatkala kau merasakan malam suram tanpa bintang-bintang…
Kemudian wujud jutaan bintang indah di dada mu…
Itulah aku yang dengan rela telah mengorbankkan diri ini…
Supaya malam mu tidak kesepian dan suram.
Supaya engkau tetapkan bisa menjadi pujaan dan sumber ilham…
Bagi sang pecinta dan pujangga…

SLONCOS’08



Atas permintaan kenalan yang mengunjungi blog aku ini, ejaan akan ditukar mengikut standard ejaan formal. Tapi akan terdapat juga ejaan sempoi di dalam penulisan aku (bergantung kepada mood)

Siapa pokok pada kita…

Apa yang dikelaskan sebagai pokok adalah apabila strukturnya terdiri daripada akar, batang, dahan, berkayu dan daun. Ianya juga dikenali sebagai tumbuhan. Hayatnya lebih tinggi berbanding keluarganya yang lain kerana ada pokok yang hayatnya mencecah seribu tahun. Terdapat segelintir pokok yang tingginya mencecah hampir 100 meter (300 kaki).

Seperti mana kita, bahagian penting bagi si pokok adalah akar, badan, dahan, ranting dan daun. Badan atau batang si pokok ini terdiri daripada tisu penyokong (xilem @ xylem) dan tisu pengangkut (floem @ pholem). Xilem adalah bahagian yang dikenali sabagai kayu pada si pokok. Manakala floem merupakan kulit luar atau kebanyakan orang memanggilnya sebagai kulit kayu. Terdapat perumpamaan yang sering aku dan kawan-kawan gunakan, “masaklah aper pun… tolak kayu dengan batu jer…” yang membawa maksud kami bukanlah individu yang cerewet tentang makanan. Walaupun pasti terkeluar komentar terhadap masakan tersebut.

Pertumbuhan si pokok yang menuju ke arah ketuaan akan membentuk gelang pertumbuhan @ growth ring. Melalui gelang-gelang ini usia si pokok dapat diketahui. Teknik ini sering digunakan khasnya bagi pokok-pokok yang datangnya dari kawasan beriklim sederhana. Berbeza dengan kita era kini, jika dahulu usia manusia boleh diketahui dengan mengambil kira berberapa tanda sebagai parameter usia seseorang. Antaranya kedut di dahi dan bawah mata, uban di rambut, eye back di mata, posture badan dan pelbagai lagi. Kini usia segelintir golongan sukar dikesan kerana wajah mereka seakan tidak makan usia. Ingin mengetahui kaedahnya?… Bagi si pokok bilanglah… 1..2..3.. tapi bagi manusia, bilanglah bil kecantikan bulanan mereka.

Jika manusia menggunakan kaki dan tangan ( a.k.a tulang empat kerat) bagi mandapatkan makanan, walaupun segelintir dari mereka tidak menggunakan tangan dan kaki sendiri sebaliknya menggunakan tangan dan kaki orang lain untuk mencari makanan. Si pokok menggunakan akarnya dan daun (penganti tangan dan kaki) untuk mendapatkan sumber nutrisi yang di perlukan bagi membantu tumbesarannya. Akar atau umbi si pokok akan menjadi pasak untuk biomass di permukaan tanah, sekaligus menyedut air dan garam-galian dari tanah. Dengan bantuan batang, ketinggai si pokok akan bertambah dan membenarkan cabang @ dahan dan ranting yang berdaun bersaing mendapatkan sinaran sang suria.

Ibarat kehidupan kiter, si pokok akan bersaing antara satu sam yang lain mendapatkan sinaran ini untuk terus hidup. Di samping ketinggian, susunan dahan si pokok merupakan kelebihan bagi usaha mendapatkan pendedahan paling optima daun-daun kepada cahaya matahari. Hal ini kerana, pertemuan daun dengan sinaran matahari akan mewujudkan satu proses penghasilan makanan bagi si pokok iaitu kanji yang secara saintifiknya dikenali sebagai proses fotosintesis. Seperti di kalangan manusia moden kini, kedudukan pangkat (kuasa) dipadukan dengan akal memacu  kepada kehidupan yang gah.

penting-si-pokok11



{November 6, 2008}   Rayer Tahun ni…

Bulan Syawal baru satu simpang di belakang kite tinggalkan. Tergamit memori rayer tahun ini. Masih boleh tahan colection aku tahu ini. Tersenyum sendiri aku masa kire duit-duit tu sendirian dalam bilik. Walaupun  terdengar rungutan dari abang dan kakak aku, bahagian aku tetap dihulurkan. Jika dulu aku gunakan alasan masih belajau, tahun ini alasan masih tidak berkahwin dijadikan agenda menuntut duit raya. Bukan setakat abang dan kakak, tetapi tidak terlepas ayah dan bonda.

Sori... No duit raye tuk korang...

Tiada aper yang menarik untuk dikongsikan untuk hari raya tahun ini. Cuma terdapat kelainan terhadap jumlah kepulangan kami adik beradik. Syukur aku panjatkan terhadap sebuah kepulangan yang sering menjadi penantian. Semoga kehilangan bulan lebaran ini tidak menghilangkan jejak untuk si dia. Jangan diulang kesilapan yang sama, meskipun hanya melalui kesilapan kiter dapat belajau ilmu sebenau dalam kehidupan.

Pulang selagi masih ader yang menanti,

Pandang selagi mereka masih di sini,

Hulurkan tangan selagi mereka mampu menyambut,Orang Putih keluarga...

Lafazkan kemaafan selagi iannya masih bererti,

Kasih jangan disukat,

Budi jangan dihitung,

Kerna kita akan meletak harga pada nilai yang salah.



{November 6, 2008}   TU DAH BUNYI KELANTAN…

Hish malu sungguh…

Awal jam 5 petang, aku dikejutkan dengan satu panggilan berkaitan satu dari artikel blog yang baru aku tulis. Memang sungguh aku mengaku, diawal aku mendengaunyer jer terkeluar satu soalan.

“ape kebender tu…bukan nak buat makan-makan je ker…”

Bagi menyelindungkan rasa konpius aku, hanya anggukkan kepala terhadap butir bahasa yang julung-julng kalinyer aku dengau.

“no hal. saye  joint jer…”

“ble kiter nak buat… sayer on jer”. Confident aku bersuara.

“ibu kongsi ngan kamu ye…” kater ibu shima.

“ok…”

“saye cover tuk western…’

Agak lama aku baru terbuka mulut untuk bertanyer. Itu pun setelah topik ini menjadi bahan bicara kami di pejabat am geografi. Di tambah pulak dengan ketidak upayaan aku untuk menyebut perkataan tersebut. Melalui penerangan Kak Bai (Cik Zubaidah) barulah perkataan poklak boleh aku sebut dan maksudnyer  majlis kenduri kecil yang dijalankan secara gotong-royong difahami sepenuhnyer oleh aku. Yakin akan kefahaman aku terhadap poklak telah menggamit aku untuk mencoretkannyer di dalam blog ini semalam.

Panggilan yang baru aku terima tadi, sekali lagi menyingkap ketidak upayaan aku terhadap perkataan baru yang pernah mewujudkan “isu” di kepala.

“Tadi Kak Bai ada meting sat… ni baru bukaq tengok…”

“ni tengah tengok dengan Kak Siti… Amboi canggih no…”

“Tapi ni awat bunyi dah jadik Kelantan…”

“Bukan poklak lah… Pot Luck…”

“P-O-T… L-U-C-K… Pot luck…”

Alahai lah aku ni. Betul-betul dangkal ilmunyer. Tapi bile dah mampu menyebutnyer, tergelak pulak aku. Maner tidaknye, perkataan kedaerahan ini yang penuhi dengan nilai kekampungan memiliki ejaan English. Mungkin dah alami asimilasi budaya kot, seiring dengan era globalisasi gamaknyer.



{November 6, 2008}   POKLAK OH POKLAH…

Terlampau dangkal rasanye ilmu dan pengalaman di dada. Walaupun sudah berusia 23 tahun, baru beberapa bulan yang lepas aku mengetahui akan makna dan merasai majlis yang dipanggil POKLAK. Itu pun sesudah salah seorang teman sepejabatku (kak bai) menyuarakan hasrat ingin mengadakan majlis tersebut di pejabat Am Geografi. Ilham ini tercetus apabila kami melihat dan menghadiri banyak majlis sambutan ramadhan yang di adakan oleh jabatan-jabatan lain di Fakulti kami.

Tetapi setiap kali perancangan ini ingin dilaksankan, pasti terdapat halangan positif yang mematahkan hasrat kami untuk mengajurkan majlis ini di samping memberikan aku peluang merasakan majlis ini. Antara halangan-halangan positif ini adalah seperti:

  •  Nak buat Jamuan, tapi clash dengan jamuan jabatan lain.
  • Mereka yang terlibat pose sunat @ pose ganti.
  • Our Head department nak belanjer makan.

Oleh yang demikian, terpaksa dalam relalah majlis yang telahkami rancang ini dianjakan selepas raya. Namun, halangan positif masih datang mengganggu. Antaranya:

  • Kesibukan kerja selepas cuti raye.
  • Tarikh yang kami dah book diambil untuk majlis lain (so, kene tunggu giliran lain).
  • Orang Kuat majlis dihantar ke kursus kampus UM di Kampus Kota (Nasiblah labu…)

Akhirnya, pada tanggal 31 Oktober 2008 (sehari selepas tamatnyer bulan syawal) majlis kami dapat dianjurkan dengan jayanyer. Detik-detik majlis yang semoga diberkati ini telah di abadikan di dalam coretan foto di bawah:

 

img_37401Aku, Ibu dan Kak Solehah serta Huda.

 

 

 

 

 

 

 

 

Juadah kami di majlis Tersebut.

 

 

 

 

 

 

 

 

Antara Tetamu yang hadir

 

 

 

 

 

 

 

 

Datin, Dr. Ghali Uche Aliagha dan Dr. Marineyimg_37422

 

 

 

 

 

 

 

 

img_37441

 

 

Poklak adalah majlis yang diadakan hasil pakat mereka yang terlibat di dalam menyumbangkan juadah untuk majlis tersebut (itu yang diberitahu kepada saya). Setiap tetamu harus membawa serba sedikit makanan yang maner akan disajikan di dalam majlis tersebut.

Kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan gambar-gambar yang sempat dirakamkan di majlis ini, bolehlah menghubungi saya.



{November 5, 2008}   MASTER SLONCOS…

Ramai Orang tanyer aku…

“Zura, sloncos tu aper???”

“aper kebender sloncos tu”

“maner ko dapat perkataan sloncos tu…”

“smart lah beb ko punyer namer”

“macam ner nak sebut ni…”

Pelbagai lagi persoalan yang timbul dari namer ni. Cara nak Pronoun namer ni, saper yang bagi dan macam-macam lagi. unik ker namer ni? Aku dah hidup dengan namer ni lebih dari suku kehidupan aku. Angah yang bagi namer ni. mase aku kecik-kecik dlu… hanyer kadang-kadang sahaja panggilan adik tertitip di bibirnyer. Selalunyer namer sloncos ini yang dier guner. Berbeza dengan saudara sedarah aku yang lain yang lebih kerap memanggil adik, busu, aju atau masa dimarah terkeluar SITI NAZURA… (Seram biler mak aku panggil gune namer ni, maknenyer besaulah silap aku tu).

Mule-mule biau aku terangkan macam maner nak sebut maner aku..

SLONCOS -C dibunyikan bukan digantikan K. So, bukan SLONKOS okay…Eja namer ni dengan Bahasa Melayu baku. Pasti betul.

Aku dah nyaterkan tadi dari mane namer ni terkeluar, iaitu Angah aku yang bagi.

Unik namer ni… Makner plak aku x raser ader makner khas bagi perkataan ni. Mula-mula aku tak selesa dengan nemer ni. Tapi biler ternampak akan kelainan namer ni. Sedikit demi sedikit aku jatuh minat n sayang pada namer ni.

Semakin besau, aku dapat idea plak nak tambah “master” kat depan namer ni. Tu yang terkeluau namer “MASTER SLONCOS”.

Terdapat banyak lagi peristiwa pahit manis dengan namer ni…nanti aku riwatatkan lagi.

Sekian.



{November 5, 2008}   Assalamu’alikum WBT…

Que Sera Sera…

Whatever Will be, Will be…

img_3220

 

The future not ours to see…

 



dan sebagainya