Malam ini…
pujangga cinta bertandang di hati…
irama dan lagu rindu mula bersenandung…
getar hati semakin kuat…
bagaikan gong dipalu…
Siapakah pencanangnya…
Nadi terhenti di sini…
degup jantung hilang rentak…
kaki seakan lumpuh…
mata ku terpaku…
Tubir memori mula menyingkap…
Semalam…
Kita sebagai teman…
berjuang di persada ilmu…
bergelak ketawa bercerita tentang masa depan…
masa depan yang masih sirna…
Menara gading sebagai pentas kita…
di sini kita belajar…
di sini kita bersahabat…
di sini ada tawa…
di sini ada duka..
ada kecewa…
di situ…
aku melihat sesuatu…
dari matamu terpandang keyakinan…
keyakinan yang ku fikir tiada untuk ku…
Dari mata mu aku merasa kehangatan menjalari hati ini…
Kehangatan yang kusangka tiada bersama ku…
Demi kehangatan yang menghilangkan kedinginan ini…
demi kayakinan itu aku menjadi pemburu…
memburu untuk sekeping hati…
Sekeping hati yang terkandung pelbagai rahsia…
Langkah mula aku corak…
Pengembaraan sekeping hati manjadi agenda…
Rahsia hatimu cubaku singkap…
Hasrat hatimu cuba ku fahami…
Aku belajar mengerti akan inti hati…
Isi hatimu…
Keinginan mu…
Impian mu…
Belajar mengenali sisi mu yang tersembunyi…
Aku cuba sepenuh hati…
Mengadunkan inti hatimu dan hatiku…
Menyatukan isi hatimu dan hatiku…
Memenuhi keinginanmu dan keinginanku…
Memburu impianmu dan impianku…
Mencipta rentak irama yang senada bagi kau dan aku…
Agar kita sealiran…
Namun hanya aku…
Hanya aku yang belajar dan mengejar…
Mengerti dan memahami…
Menyelami dan membajai…
Hati dan rasa ini…
Tika ini…
Deru nafas semakin lelah…
Cahaya semakin sirna…
Getar semakin perlahan…
Kerna aku semakin lemah di sini…
Kaki ku tidak bisa lagi menunggu…
Ada langkah perlu diteruskan…
Ada kehidupan menanti di hadapan…
Kau kutinggalkan…
Agar kau mengerti…
Erti dihargai dan menghargai…
Kerna itu…
Sesuatu yang kau tidak pernah fahami dan mungkin miliki…
Sloncos’85.
1: STATISTIK
1.1: Takrif
a) Himpunan-himpunan fakta berangka @ data yang menerangkan sesuatu aspek.
b) Bidang yang mengandungi pelbagai kaedah yang digunakan bagi memanfaatkan data dalam membuat kesimpulan @ keputusan
1.2: Jenis Statistik
a) Statistik Perihalan (Deskriptif):
Proses pengumpulan maklumat, pembentangan dan pengolahan data.
E.g: Data penduduk Kuala Lumpur selama 10 tahun dikumpulkan dan di paparkan di dalam bentuk graf dan jadual
b) Statistik Inferens (Statistik Induktif):
proses membuat kesimpulan @ keputusan berdasarkan data yang talah dikumpulkan dan diolah.
E.g: Berdasarkan data yang telah dikumpul dan diolah, jangkaan terhadap jumlah penduduk di Kuala Lumpur dijalankan sama ada terdapat peningkatan atau penurunan di masa hadapan.
1.3: Istilah-istilah penting yang terdapat di dalam bidang Statistik:
a) Data: ukuran @ bilangan mengenai sesuatu yang dikumpulkan daripada kajian @ groups of information that represent the qualitative or quantitative attributes of a variable or set of variables. Terdapat dua (2) jenis data iaitu data terkumpul dan data tidak terkumpul.
b) Pemboleh Ubah: ciri @ fenomena yang mampunyai nilai-nilai berbeza dan menjadi tumpuan dalam kajian.
I: Pembolah Ubah Kualitatif: mewakili taraf, sifat @kategori (E.g; jantina, status perkahwinan, dan jenis pekerjaan
II: Pemboleh Ubah Kuantitatif: Diwakili dengan nilai berbentuk angka @ nombor. Terbahagi kepada 2:
-PUK Diskret: nilai tepat (nombor bulat seperti bil orang, pasang)
-PUK Selanjar: Terdapat nilai perpuluhan (ketinggian, suhu, berat, masa dll)
c) Populasi: Keadaan keseluruhan yang menjadi tumpuan di dalam penyelidikan.
d) Sampel: subset @ sebahagian daripada populasi. Persampelan adalah kaedah pemgambilan sampel dilakukan.
e) Cerapan: Maklumat berangka @ nilai yang dihitung @ diukur bila sesuatu kajian dijalankan.
BUMI SEBAGAI SATU SISTEM:TENAGA DAN PROSES
Proses Dan Tenaga:
Bumi sebagai satu sistem bergerak sebagai ‘proses’; manakala proses itu berlaku dengan kehadiran ‘tenaga’
Proses:
Proses ialah bagaimana atau cara sesuatu bentuk atau pola itu dihasilkan.
Dalam satu-satu sistem, proses itu berlaku apabila unsur-unsur yang membentuk sistem itu berinteraksi antara satu sama lain lalu menghasilkan bentuk/ rupa/ fenomena/ kejadian dll.
Manakala proses atau interaksi fizikal bumi berlaku dengan kehadiran (Input) tenaga.
TENAGA :
•Tenaga ialah keupayaan atau kuasa yang membolehkan sesuatu kerja dilakukan
•Tenaga menggerakkan objek
•Tenaga tidak boleh diukur secara langsung, hanya boleh diukur secara tidak langsung dengan melihat berapa banyak kerja yang dapat dilakukan.
•Tenaga TIDAK BOLEH dicipta atau dimusnahkan. Ia hanya boleh ditukar dari satu bentuk ke bentuk lain.
•Dua bentuk tenaga utama adalah tenaga kinetik dan tenaga keupayaan
Bentuk tenaga lain ialah:
•Tenaga Elektromagnet
•Tenaga Haba
•Tenaga Kinetik
•Tenaga Potensi
•Tenaga Elektrik
•Tenaga Graviti
Dua bentuk tenaga yang utama:
1. Tenaga kinetik bunyi
2. Tenaga kinetik terma
3. Tenaga kinetik haba
4. Tenaga kinetik cahaya
•Tenaga keupayaan tarikan graviti/ kedudukan
•Tenaga keupayaan elektrik (statik/arus)
Tenaga bersifat getaran
Tenaga keupayaan adalah tenaga yang disimpan
Tenaga kinetik
Tenaga keupayaan
Tenaga Elektomagnet/ Sinaran
Tenaga yang dikeluarkan oleh matahari dan dihantar terus melalui angkasa lepas ke bumi.
Tenaga Haba Rasa
cth : Tenaga Sinaran yang mengenai permukaan seperti air yang lama-kelamaan permukaan itu akan beransur panas.
Tenaga Haba Pendam
cth : Air yang naik ke atas melalui proses sejatan akan membawa haba yang terpendam.
Tenaga Potensi
cth : Wap air yang tersejat dan membentuk awan terapung di atmosfera mempunyai Tenaga Potensi
Tenaga Kinetik
cth : Kawasan permukaan yang terkena sinaran eletromagnet semakin lama semakin panas dan membentuk satu kawasan tekanan rendah. Pergerakan udara sejuk ke dalam sel tekanan rendah ini dikenali Tenaga Kinetik.
Tenaga Elektrik
Pertembungan cas (+ve) dan (-ve) yang terdapat dalam awan akan mengahasilkan tenaga elektrik.
Tenaga Kimia
cth : Tenaga yang boleh memproses bahan kimia/ menukar sifat kimia
Tenaga Graviti
kebolehan sesuatu benda untuk bergerak ke bawah melainkan disekat
oTenaga eksogen- Proses Eksogen
oTenaga luaran khususnya daripada matahari
oProses di permukaan litosfera
oBanyak mempengaruhi proses permukaan bumi dan di atmosfera.
oTenaga Endogen-Proses Endogen
oProses berlaku di perut bumi namun kesannya turut mempengaruhi permukaan bumi.
oTenaga diperolehi daripada perut bumi seperti geoterma
oProses Exterresterial (Proses dari jatuhan meteorit/tahi bintang dsb)
Jenis Tenaga dan Proses:
Contoh proses dan jenis tenaga yang terlibat
Tenaga Endogenik (Dalaman)
•Proses Lipatan
•Proses Gelinciran
•Gunung Berapi
Tenaga Eksogenetik(luaran)
•Kitaran Hidrologi
•Edaran Atmosfera
•Tiupan Angin
•Arus
•Rantaian Makanan
•Proses Degradasi
PROSES EKSOGEN:
Proses yang beroperasi di permukaan bumi seperti luluhawa, hakisan, pengangkutan, pemendapan dan gerakan jisim
Luluhawa:
Proses pemecahan, penguraian dan pereputan batuan dan berlaku secara in-situ.
Proses pemecahan, penguraian dan pereputan terjadi akibat tindak balas pelbagai agen luluhawa
Agen luluhawa
oHujan
oSuhu
oTindakan fros
oMikroorganisma
Pemecahan batuan kepada partikel yang lebih kecil dan terurai menjadi bahan baru seperti larutan, tanih, regolit dan sebagainya.
Jenis Luluhawa
• Luluhawa Kimia
•Luluhawa Fizikal
•Luluhawa Biologi
Hakisan:
Proses penghausan yang dialami oleh permukaan bumi akibat tindakan agen agen hakisan
Agen hakisan
oOmbak
oAngin
oAir mengalir
Proses penghausan berlaku kerana adanya tenaga kinetik dan geseran,
Dua jenis hakisan iaitu hakisan geologi dan hakisan tanih
Hakisan Geologi – secara semula jadi. berlaku perlahan dan mengambil masa yang lama. Melibatkan keseluruhan permukaan bumi
Hakisan tanih proses hakisan yang berlaku akibat tindakan manusia mengganggu alam semula jadi.
Pengangkutan dan Pemendapa:
Pengangkutan ialah proses pemindahan bahan terluluhawa oleh agen bergerak iaitu air, angin, glasier dan ombak.
Proses pengangkutan dipengaruhi oleh halaju (tenaga kinetik dan potensi ) agen agen.
Cara pengangkutan seperti golekan, lompatan, ampaian dan larutan.
Jika halaju agen yang bergerak menjadi perlahan, bahan akan dimendapkan.
Gerakan jisim – melibatkan pergerakan regolit dari cerun ke bawah disebabkan oleh daya graviti.
Aliran perlahan seperti kesotan tanih, kesotan batuan, kesotan talus dan gelangsaran tanah
Aliran cepat seperti aliran lumpur, aliran tanah, puin salji runtuh.
Geluncuran – robohan, geluncuran puin, geluncuran batuan
Runtuhan – runtuhan tanah, tanah mendap dan runtuhan batuan
PROSES ENDOGENIK:
Proses yang berpunca dari dalam bumi, mampu membentuk serta mengubah permukaan bumi seperti pergerakan tektonik, lipatan kerak bumi, gelinciran, gempa bumi, gunung berapi dan aktiviti igneus serta metamorfosisme batuan.
Proses-proses Endogenik:
i) Pengangkatan dan penurunan blok-blok bumi apabila mengalami pemulihan isostasi.
ii) Proses orogenesis atau proses pelipatan kerak bumi yang menghasilkan banjaran gunung lipat.
ii) Proses gelinciran atau sesaran kerak bumi yang rekahan di kerak bumi, lurah gelinciran serta gunung bongkah yang berpunca daripada daya himpitan dan tegangan yang dialami oleh kerak bumi.
iv) Gempa bumi atau gegaran yang dialami oleh kerak bumi apabila berlakunya perlanggaran atau pencapahan plat-plat tektonik.
v) Aktiviti gunung berapi.
vi) Proses metamorfosisme yang melibatkan perubahan tekstur, struktur dan kandungan kimia sesuatu jenis batuan yang berada di dalam bumi apabila ia menerima haba dan tekanan yang tinggi dan mengalami penjelmaan.
KONFIGURASI BENTUK BUMI :
Pelbagai jenis atau keanekaan muka bumi yang ditinjau sama ada pada skala makro atau mikro.
i) Struktur bumi
– Terdiri daripada 3 lapisan utama:-
a) Lapisan kerak bumi
– Lapisan paling luar.
Lapisan paling nipis.
Terdiri daripada lapisan SIAL (benua) dan SIMA (lautan).
Batuan jenis granit dan basalt.
Ketumpatan batuan 2.7 – 3mg³.
b) Lapisan mantel
– Lapisan pertengahan yang tidak stabil.
– Lapisan dalam bentuk pepejal dan cecair.
– Zon astenosfera berbentuk separa cair.
– Lapisan bawah berbentuk batuan pejal.
– Batuan jenis granit dan basalt.
– Ketumpatan 5.5.
– Suhu antara 800ºC hingga 1600ºC.
c) Lapisan teras bumi
- Lapisan paling dalam yang dipisahkan dari mantel oleh ketakselanjaran Gutenberg.
- Dikenali sebagai lapisan barisfera.
- Terbahagi kepada dua iaitu teras luar (cecair) dan teras dalam(pepejal).
– Ketumpatan batuan 13.
– Batuan jenis nikel dan besi
ii. Taburan daratan dan lautan.
iii. Bentuk muka bumi daratan dan lautan.
PROSES ENDOGENETIK:
Tenaga yang berpunca dari dalam kerak bumi iaitu lapisan mantel bumi yang menghasilkan berbagai fenomena di lapisan kerak bumi seperti gempa bumi, letusan gunung berapi, lipatan, gelinciran, gerakan tektonik termasuk juga proses metamorfosisme batuan.
i.Tenaga graviti daripada mampatan jisim dan pertambahan momentum sudut semasa pembentukan planet.
ii.Tenaga radiogenik atau atom daripada pencerakinan nukleus atom yang wujud dalam mineral radiogenik seperti uranium, plutonium dan thorium.
iii.Tenaga haba ini wujud dalam lapisan atas mantel iaitu di astenosfera.
iv.Arus-arus perolakan yang panas dari astenosfera boleh menggerakkan lapisan kerak bumi.
v.Perlanggaran antara kerak bumi boleh menghasilkan gelombang seismik yang menyebabkan kejadian gempa bumi.
LIPATAN KERAK BUMI
Berlaku akibat adanya daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa pertembungan antara plat-plat tektonik yang menyebabkan lapisan kerak bumi terhimpit lalu terlipat.
Ia juga dipengaruhi oleh tarikan graviti berhampiran dengan permukaan bumi.
Proses-proses Lipatan:
a. Proses peleburan batuan yang pejal dalam lapisan kerak bumi. Lapisan batuan yang berada dalam bumi adalah cair lalu mudah lentur.
b. Proses mampatan secara mendatar
o Apabila berlaku mampatan atau tolakan dari kiri dan kanan lapisan kerak bumi maka lapisan kerak bumi yang cair dan mudah lentur tadi akan melengkung ke atas atau ke bawah.
Jenis-jenis Bentuk Muka Bumi Lipatan:
i. Antiklin atau lintap mungkum – lipatan yang melengkung ke atas.
ii. Sinklin atau lintap lendut – bahagian yang menggeleding (melendut ke bawah).
iii. Lipatan simetri – kedua-dua cerunnya mempunyai kecerunan yang sama atau hamper sama.
iv. Lipatan tak simetri – satu cerun lipatan berkeadaan lebih curam atau landai berbanding cerun lipatan di sebelahnya.
v. Lipatan lampau – keadaan lipatan tertekan dan herot ke depan.
vi. Antiklin rebah – lipatan tertekan dengan kuat dan jatuh ke depan.
vii. Nappe – antiklin rebah mengalami tekanan sehingga wujudnya rekahan seterusnya pematahan lintap mungkum dan adanya garis gelinciran antara lintap mungkum dan lintap lendut.
GELINCIRAN:
Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan lapisan kerak bumi atau blok batuan secara mendatar atau menegak.
Jenis-jenis Gelinciran:
i. Gelinciran biasa – berlaku apabila adanya daya-daya tekanan yang menarik kerak bumi atau daya-daya yang menolak kerak bumi dari bawah. Mempunyai satah rekahan curam atau hampir tegak. Ia menghasilkan sesar curam dan lurus dan ketinggiannya berbeza-beza mengikut ketinggian anjakan blok.
ii. Gelinciran songsang – terjadi apabila daya mampatan dan tegangan yang bertindak terhadap blok batuan dari dua arah yang bertentangan menghasilkan garis gelinciran pada blok batuan tersebut. Salah satu daripada blok batuan tersebut terangkat atau terjulang ke atas. Dikenali juga sebagai sesar julang.
iii. Gelinciran rabak – apabila daya mampatan dan tegangan pada lapisan kerak bumi menyebabkan terjadinya pergerakan secara melintang blok-blok batuan tersebut dari kedua-dua arah yang bertentangan. Pergerakan secara mendatar.
HANYUTAN BENUA
Teori Awal (Hipotesis Wegener)
“Bahawa benua-benua yang ada pada hari ini berasal daripada satu benua yang besar sahaja yang dinamakan Pangea dan apabila berlakunya gerakan-gerakan di dalam kerak bumi Pangea akan berpecah-pecah dan bertaburan seperti mana yang ada pada hari ini’.
i. Pangea terbahagi kepada dua jisim daratan iaitu Laurasia di utara dan Gondwanaland di selatan.
ii. Putaran bumi membekalkan tenaga tekanan yang cukup kuat dan menghanyutkan benua-benua tersebut.
Teori Perebakan Dasar Laut
i. Magma yang panas daripada lapisan mantel tertolak naik ke dasar lautan menyebabkan dasar lautan retak. Retakan ini dinamakan sempadan pencapahan.
ii. Magma yang keluar di sepanjang sempadan pencapahan membentuk permatang di dasar laut dan proses ini berlaku berterusan.
Teori Plat Tektonik
i. Boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan plat yang dikenali sebagai plat benua dan plat lautan.
ii. Plat-plat ini sentiasa bergerak akibat pergerakan arus perolakan magma yang panas di lapisan astenosfera.
iii. Pergerakan berlaku secara perlahan-lahan iaitu beberapa cm setahun.
iv. Jenis-jenis pergerakan plat tektonik
a. pertembungan plat benua dengan plat benua menghasilkan siri gunung lipat.
b. pertembungan plat lautan dengan plat lautan menyebabkan plat yang tumpat terjunam ke bawah dan membentuk jurang lautan.
c. Pertembungan plat lautan dengan plat benua di mana plat lautan yang lebih tumpat akan terbenam ke bawah dan membentuk jurang lautan sementara di benua terbentuk gunung lipat yang selari dengan jurang lautan.
v. Pergerakan plat tektonik secara pencapahan membentuk permatang tengah lautan
Bukti yang Menyokong Teori Hanyutan Benua
1. Bukti keselanjaran benua
o Garisan pinggir pantai di beberapa benua boleh dicantumkan seperti ‘jigsaw puzzle’.
2. Bukti geologi
- Geologi yang serupa walaupun berada pada benua yang berlainan.
3. Bukti fosil
4. Bukti paleomagnet
– Perpindahan kutub
Peralihan dan putaran benua
Pembalikan medan geomagnet
5. Bukti oseanik
- Melibatkan bahan-bahan mendak/sediment lautan dan perluasan dasar lautan.
Kesan gerakan bumi kepada manusia.
1. Kesan Positif
Kegiatan pertanian
Pelancongan dan rekreasi
Perlombongan
2. Kesan Negatif
Kehilangan nyawa
Kerosakan harta benda
Assalamualaikum…
Dah agak lama aku tidak menulis di ruangan ini. Rasenyer aku patut menulis blog ni ari2. Bukan aper, skang ni rase macam 24 jam aku aku terluang begitu je… Tak ade kisah yang tercatit meslipun kadang kala terdapat cerita manarik yang berlaku. Kan bagus kalau cerita-cerita ni dapat aku kongsikan. alah.. bukan aper. Takat nak kasi iktibar bagi yang sudi. lagipun dengan menulis ni… dapat release tension. Lagipun bos aku pun der kater. Kiter kane menulis setiap ari.
Kenape aku teringin nak menulis ari ni?… ari ni tak der kuliah mahupun tutorial. (semangat nak menulis aku datang pas baca blog wife bos aku) memang aku dah atur jadual aku supaya senin ngan jumaat free. Bukan aper, skang ni aku dah daftar master so selain dari kerja. Aku kena pastikan gak matlamat master aku tercapai. Memang tu yang aku nak. so, aku cuber elakkan jadual padat setiap hari. Bimbang lau tak terbuat master aku. huhuhhu…
Aku daftar master 2hb julai ari tu. Ibu yang temankan… teringat balik zaman mude. masa aku nak daftar ijazah…
Al kisahnyer…
Lepas SPM, aku dapat tawaran wat diploma dalam fine art kat machang, k’tan. Tapi aku reject… tak nak pegi. Abah bising… tapi mak cool. Mak selalu kater lau nak blajo kn der minat. Lau tak der minat payah… Takot jadi sekerat jalan @ hangat2 tahi ayam. Tapi sumpah aku x tau betol ker tak tahi ayam tu hangat ker tak… Kuang3… Tapi yang pasti lau slipar terpijak tahi ayam memang hangin.
Lama gak isu aku reject wat dip kat UITM tu jadi topik abah… huhuhu… Yelah, mungkin dier teringin kot nak tengok anak dier masuk U. Tapi anak kecik dier ni degil. Sebenonyer, masa apply Diploma tu, aku tak berniat pun nak sambung blajo. Takat nak test market. Nak nengok kalau2 result SPM aku tu laku ker tidak. Dah laku aku tak nak pulak… Sampai tokeh kedai ujung umah aku pun tanyer naper aku tak pegi UITM. huhuhu… keciknyer dunia…
Sekali lagi fiil test market aku muncul ble dapat tawaran sambung STPM kat sekolah lama aku. Selepas berbincang ngan abah… of cource mak dah stuju awal. Aku pilih untuk sambung STPM. Alhamdulillah… aku lulus n sekali lagi aku apply nak masuk U. Bukan niat nak masuk U. Tapi nak nengok, laku ker tak STPM aku ni…
Aku plan nak sambung kat Universiti seberang laut Malaysia ( Alah…. UMS @ UNIMAS jer…)
Tapi abah berkeras nak aku masuk UM… Aku pun apply sumer course yang der kat UM bersesuaian dengan kelayakan yang aku ader. Then, dapat lah UM… suker orang tua aku. Tapi… masalah kat aku. Suker ker aku?
Kalau dulu aku ade alasan nak reject UITM, tapi kali ini aku x ade alasan nak menolak. Semua keperluan abah, mak, abang and kakak aku yang uruskan. Sampai ke tahap baju ape nak bawa pun mereka yang uruskan. Aku hanye duduk nengok dan usik serba sedikit. Nak cakap tak nak pegi… aku tak berani. Mua kena pelempang jepun ngan dieorang. Risau gak… aku tak pernah tinggal jauh dari rumah. Duduk asrama pun tak pernah. Camping sekejap2 tu pernah lah… bukan pernah, tapi selalu.
Mula lah aku terpikir… saper nak basuh baju, nak basuh baju dengan per, saper nak buat sarapan, boleh ker bangun kalau mak tak kejut, boleh ker tinggal kongsi sebilik ngan orang yang kiter tak kenal (al maklum… aku yang last dalam famili… mengada lebih). Boleh ker bawa tabiat buruk aku… macam2 lagi. Sampai kusut kepala.
Masa hari pendaftaran, abah, mak, abang n kakak teman kan aku. Mereka ade jer. Sibuk check itu ini, sijil dah lengkap, borang PTPTN dah beli ker, barang-barang kolej sampailah ke urusan kemas bilik… tudung aku pun sampai suku kakak aku tolong iron. Risau aku tak sempat masa minggu orientasi.
Tapi tu zaman aku nak wat degree… Ari tu masa nak register master, ibu yang teman. Kecian dier… kena ikut ke hulu ke hilir. Nasib der ibu, tak ler rase sorang2. Tapi… baru aku sedo, dah matang aku ni. Dari seorang anak emak… aku dah tau nak urus diri sendiri. dah pandai bawa diri…( ewah puji diri plak…huhuhu;). Eh… tapi aku memang matang. Cumer bab urus kan diri tu aku tak berapa nak biasa sebab mak selalu siapkan sumer benda. Dah aku jer yang der kat umah. So, aku ler yang dier sibuk uruskan
Nasib aku tak homesick… Tapi everyweek aku balik. Sampai orang tua aku tak sempat nak merindu kat aku…:)
Skang ni… sumer aku dah bleh buat. Dari Memasak, Membasuh, Mengemas bilik, Semua yang remeh temeh… dah mampu aku buat dengan sendiri. huhuhuh:)
Betol kater orang… masa akan mendewasakan diri. Tapi bab master ni memang aku yang nak sambung. huhuhu:0
malam tlah berganti
kulihat sempurna bentuk bulan
bintang yang merentang
rasakan indah lukisan malam
aku tlah mencoba
untuk slalu setia menunggumu
ceritakan tentang
satu bintang yang slalu kusayang
maafkanlah sayang
malam ini ku tak akan datang
karena ku mengerti
memang tak pantas kau di cintai
kau masa laluku
bolehkah aku pinjam jasadmu
Saat ku bertanya
dapatkah engkau menimbang rasa
Reff:
mungkin sampai nanti apakah terus begini
mungkin sampai nanti engkau takkan kumiliki
mungkin sampai nanti rambutku kusam memutih
mungkin sampai nanti engkau tetap sahabatku….
apa engkau tak merasa
aku tak berdaya
disini aku menunggumu terluka
apa engkau tak merasa
engkau tak meraba
sekarang kau pilih aku atau dia
Assalamualaikum WBT…
Berlalu sudah minggu2 yang agak memenatkan aku…
Agak lama aku tak menulis dalam ruangan ni. Minggu ni raser aman sikit. Keje2 yang perlu disiapkan telahpun langsai. Alhamdulillah…
Yelah… mana dengan nak marking labs student, nak key in markah final… kene demam panas lagi… plan nak pindah umah lagi.. sumer benda ni mendatang sekitar waktu yang sama. down jugak aku. Mana taknyer, badan satu jer tapi kn handle banyak benda.
Reda deman ngan hal labs and eksiment and tak jadik pindah, dapat call dari my sis… abah masuk wad… Alahai, nasib den lah. Badan yang blum berapa nak sihat ni digagahkan. Siapkan sumer kerja, then apply cuti. Nak apply cuti… bos balik kampung plak coz ader kematian di kampung beliau… postpond cuti satu ari.
Tetiba masa nak key in, total OMR sheet tak sama ngan total list yang aku ade. Sudah… pe ke hal plak ni. Dah ler mechine bertuah tu tak boleh nak trace matric number student. Kena aku trace gune id number depa. Penatnyer. Bukan siket… bulau mata aku. Kekurangan berlaku sebab ader student yang last minute drop paper. Tapi eksiment sumer dier anto. Macam2 ler dunia. Tapi syukur… selesai semua dan aku pun dapat balik kampung jengah abah.
Masa balik kampung, masa aku abis ngan tido jer. Entah kenapa badan penat sangat. Orang tua aku senyap jer. Sebab asal letak kepala kat bantal… kurang setenga jam, aku dah lelap. Malam bukan main awal lagi aku masuk tido.
Sekarang ni biological clock aku dah tak sehebat dulu. Sekitar jam 10.00 PM akudah mula menguap… tanda2 awal aku mengantuk. Selalu gak time nengok berita, aku keras kat ruang tamu. Sudahnyer berita nengok aku.
Kat sini aku bukan aper, nak tekankan bahawa yang sekarang aku mudah letih… Adakah seiring dengan peningkatan usia atau sekadar bersifat musiman. Senin minggu depan… naik lagi umo aku… Adakah aku akan semakin cepat penat? Alahai… harap jangan lah… Kena tingkatkan kadar metabolisma balik ni…
So, amalkanlah gaya hidup yang sehat supaya terus sehat. Tapi aku wat check up tak der pulak masalah kesihatan. Adakah kerana kesan dari deman panas ari tu aku agak cepat penat skang…
